Nailah Al-Farafishah

Sunday, 18 December 2011

saya sudah bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama. Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. Helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama, sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
————————————–
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”
“Ya Allah, tenangnya…”
“Moga Allah memberkatinya….”
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”
Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca atau tak)
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua’lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Sunday, 27 November 2011

mEnCiNtAi KeiKhLaSaN

Beribadatlah Dengan Ikhlas...



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”
(surah al-Bayyinah ayat 5)
 
 "Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah sekalipun.Apa yang diinginkannya ialah reda Allah s.w.t.." - tulisan menyentak hati drp Sdr. Faiz M. Azhari

Mampukah kita mencapai darjat keihklasan yang sebenar?

"Ikhlas bukan dinilai melalui banyaknya amalan atau lafaz keikhlasan yang diucapkan,ia merupakah suatu sikap yang sangat sukar dicapai oleh umat Islam"
- Ustaz Muhammad Yusuf A.Kadir

Thursday, 24 November 2011

ThaT WoMaN

Han yeojaga geudaereul saranghamnida            
Geu yeojaneun yeolshimhi saranghamni
Maeil geurimjacheoreom geudaereul ttaradanimyeo
Geu yeojaneun useumyeo ulgoisseoyo

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I baramgateun sarang I geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni OH

Jogeumman gakkai wa jogeumman
Hanbal dagagamyeon du bal domangganeun
Neol saranghaneun nal jigeumdo yeope isseo
Geu yeojan umnida

Geu yeojaneun seonggyeogi soshimhamnida
Geuraeseo unneun beobeul baeweotdamnida
Chinhan chinguegedo mothaneun yaegiga manheun
Geu yeojaeui maeumeun nunmultuseongi

Geuraeseo geu yeojaneun geudael
Neol sarang haetdeyo ttokgataseo
Tto hanagateun babo tto hanagateun babo
Hanbeon nareul anajugo gamyeon andweyo OH

Nan sarangbadgo shipeo geudaeyeo
Maeil sogeuroman gaseum sogeuroman
Sorireul jireumyeo geu yeojaneun oneuldo
Geu yeope itdeyo OH

Geu yeojaga naraneun geol anayo
Almyeonseodo ireoneun geon anijyo
Moreulkkeoya geudaen babonikka~

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I babogateun sarang I geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni OH

Jogeumman gakkai wa jogeumman
Hanbal dagagamyeon du bal domangganeun
Neol saranghaneun nal jigeumdo yeope isseo
Geu yeojan umnida


Translation
A woman loves you.
The woman loves you wholeheartedly.
She follows you around like a shadow every day.
She smiles but is actually crying.


How much longer do I just have to look at you, alone.
This love that came like wind,
This love that is like a shit,
If I continue this, will you love me?


Just come a little nearer
just a little bit.
Please don’t step back
I, the one who loves you,
is still next to you.
That woman is crying.


That woman is very shy
So she learnt how to smile
Her heart is so full of tear,
She can't even share her story with
her best friend


That's why, that woman
loved you
Cause you were so like her
another fool.
yet another fool
Please give me a hug before you leave me


I want to be loved, dear.
That's all I wanted
She shouts, just in her heart
just in her heart.
No one can hear her
but that woman is still next you


Do you know that
I am that woman?


You don't do you?


Because you are just a fool.


how much
how much longer
Do I have to love you like this


This love that is like a fool
This love that is like a beggar


would you love me?


That woman, who loves you
is still next you and she is still crying.




Sunday, 20 November 2011

Law Kana Baynana...



Andainya Rasulullah Masih Ada,
Ingin Sekali aku mendengar senda guraunya....

Anas bin Malik r.a Berkata,
"Suatu hari,zahir-seorang lelaki kampung (badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah pun 
membungkusnya ketika hendak pulang.Baginda berkata kepada sahabat yang lain,"zahir ialah orang badwi yang merupakan sebahagian daripada kita,dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya." Rasulullah s.a.w sendiri sangat menenangi zahir, walaupun zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

suatu ketika,Rasulullah s.aw. menghampiri zahir yang sedang menjual barang dagangan.
Baginda terus mnedakap zahir dari belakang.Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata,"siapa ini? lepaskan aku!"Setelah itu,zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w.Dengan itu, zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan Agung yang terpilih Rasulullah s.a.w.Kemudian secara bergurau,Rasulullah berkata,"siapakah yag ingin membeli budak ini?
(Hadis riwayat Al-Tarmizi dan Ahmad )
Ya Rasulullah !! Aku mencintaiMu.....


Saturday, 19 November 2011

Nailah Al-Farafishah

Nailah al-farafishah adalah srikandi islam terulung di zaman khalifah UTHMAN B. AFFAN..merangkap kekasih hati, penyejuk mata, isteri saidina Uthman B. Affan...dia memiliki akhlak yang terpuji sebagai muslimah dan wajah yang menawan hati setiap insan yang melihatnya...merupakan sayap kiri kepada perjuangan Khalifah yang sukar untuk ditukar ganti dan juga seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat kepada suami tercinta...ayahnya seorang penganut agama nasrani, bukan dari golongan Quraisy...

Kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dalam apa jua bidang, kefasihan lidahnya berbicara serta kematangan fikirannya dalam membuat keputusan menjadikan nailah tokoh srikandi Islam yang disegani di mata dunia...subhanallah...

Pernah berlaku peristiwa pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran hati Nailah...tidak pernah berjauhan dgn Khalifah, sentiasa memberikan semangat dan keyakinan kepada suaminya agar terus thabat dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci ini...ketika itu pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah-panah. Akibat dari peristiwa ini 3 org telah terbunuh..
Walaupun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis dengan orang ramai agar tidak mencederakan Khalifah, namun ada juga yang mengingkarinya...Pembelotan tersebut diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar...Ketika Muhammad bin Abu Bakar bersama seorg sahabat memanjat rumah Khalifah, Nailah menjengukkan kepalanya di tingkap tanpa menutupi rambutnya... Lalu ditegur Khalifah...
"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku"
Namun nailah tidak mengendahkan teguran tersebut krn yg lebih penting baginya adalah menyelamatkan nyawa suami tercinta...Tatkala kedua-dua pembelot itu berada di hadapannya, nailah sudah bersedia untuk melindungi suami yang dikasihi...Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah dgn pedangnya, namun dihalang oleh Nailah dengan tangannya hingga putus jejari mulus Nailah.. Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayunkan pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Nailah dgn tangan yang lain dan putus jejarinya lg... Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikam Khalifah.. Tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan di hati, Muhammad bin Abu Bakar telah menyelar tubuh Khalifah hidup-hidup..
Namun apabila Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah, Nailah menahan tubuhnya bersama Syibah...Malangnya mereka berdua ditolak dan dipijak-pijak. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak seorang pun yang berani untuk menguruskan dan memandikan jenazah Saidina Uthman Affan..

Sehinggalah Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al- Uzza...Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Nailah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam...
Peristiwa pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru, ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini. Bagi mendamaikan antara puak ini, Nailah telah menghantar surat kepada Muawiyah yang berbunyi,

“Jika dua golongan dari kaum itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka itu sehingga mereka kembali kepada Allah.” 
Surat tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke atas khalifah....Selepas kewafatan suaminya, Nailah terus diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga dtg Muawiyah meminangnya.. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah, untuk mengelakkan dirinya terus dipinang,beliau telah mencabut dan mematahkan gigi sehingga orang ramai kehairanan...
Ada yang bertanya kepada Nailah,

“Mengapa kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?”


Jawapan yang Nailah berikan,


“aku tidak mahu kesedihanku terhadap Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku juga tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang telah diketahui oleh Uthman.”
Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaannya kpd suami tercinta yg telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri...Nailah juga byk menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya...

Juga tidak ada perkahwinan ke-2 dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman. Nailah Al- Farafishah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zamannya..
itulah kisah Nailah Al-Farafishah...srikandi setia buahati saidina Uthman B. Affan..apakah aku bisa setia dan taat seperti Nailah...srikandi yg aku kagumi ini??...apakah aku bisa menjadi isteri seperti Nailah ini??apakah aku bisa tabah sepertinya??
Kanvas cinta ini terlukis wajah muslimah.., yang kiasan rindunya takkan lemah walau dihunus 1000 mehnah...Pada hijab rindu..., terserlah pada Qalam.., dialah Muslimah Acuan Quran..
NAILAH AL-FARAFISHAH....
Sebaik-Baik Hiasan Adalah Wanita Solehah

TauTaN Mahabbah







Assalamualaikum...

Permulaan bicara dengan kata-kata ukhwah yang dahagakan KasihNya..
Jari-jari lembut menyusun kata, salam ukhwah penuh takzim mengharapkan RedhaNya...
Semoga kalam ini meresap kedalam jiwa si pembaca yang budiman,Menuju CintaNya,
Sambil memgangkat tangan Inginkan MaghfirahNya..

Semoga bermanfaat kepada antum antunna semua... :)