1) Couple Itu Haram Kerana Berlaku Zina Mata Dan Penyalahgunaan Panca Indera
Allah
telah berfirman yang bermaksud: dilarang lelaki melihat bahagian tubuh
wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain adalah
aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian
dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini
memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan.
Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah.
Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga
aurat. Maka, HARAM pertemuan itu.
Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :
Nabi
Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat
bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang,
zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat,
sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia
berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih)
Dari
Jarir bin Abdillah berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai
“pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan
pandanganmu.”(H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)
Maksudnya
jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar
sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP
AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat.
Dalam
hadits lain, Rasulullah bersabda: “Jangan kamu ikuti pandangan
(pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu,
dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud,
Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.)
Yang
dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa
sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang?.
Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata?. Sudah tentu
mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati
seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas.
2) Couple Itu Haram Kerana Bersentuh Antara Lelaki Dan Perempuan
Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda
“Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang
tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya
“pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat-buat tersentuh.
Kerana
itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama,
PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja
adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan
menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:
Maksudnya:
“Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah
lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”.
[HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921]
3) Couple Itu Haram Kerana Terpaksa Mendengar Suara Wanita Yang Mendayu-Dayu
Bila
bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam
berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang
lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak
akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling
ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab
bergurau, ketawa dan mendayu-dayu?
Mengikut
Imam Syafie; Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki-lelaki yang
ajnabi (asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.
Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada didalam batasan yang digariskan. Suara Wanita yang bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut.
Suara
seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan
lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih.
Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam
sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang
salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita
hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya,
seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika
mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang
boleh didengar oleh teman wanitanya.
Firman
Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang
wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang
lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita
hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”
Imam
Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan
itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh
mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan
serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan
sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata, “Seseorang perempuan
janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya.”
Beliau
juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid
berkata,“Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan
oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke
dalam jiwa lelaki.”
Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.
Suka
diterangkan disini, perbualan ini tak terhad kepada telefon
memandangkan dunia yang semakin canggih. Justeru voice chat,
tele-conference, cellphones dan sebagainya termasuk dalam kategori yang
sama.
Pesanan:
kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan
dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek.
Orang
yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu
sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari
kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati.
Maka,
secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM MELAINKAN KAHWIN
SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL. Perkahwinan itu
mempunyai banyak hikmah. >> Hikmah Perkahwinan <<.
Ini
adalah sebahagian sahaja dari hujah-hujah mengenai hukum couple. Anda
boleh meneruskan pembacaan mengenai KENAPA COUPLE ITU HARAM di entri
KENAPA COUPLE HARAM?. DI SINI DALIL AL-QURAN DAN NAS HADIS.
Allah Taala berfirman, bermaksud: “Hai
anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan segala
kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat. Kebajikan
kuturunkan kepadamu, namun segala kejahatan naik kepada-Ku. Selamanya
malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam
dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar
perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan
pasti kamu akan cepat membencinya”(Hadith Qudsi)
“Katakanlah
lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna”.(Surah Zumar: 9)
SIBUKKAN MENCARI CINTA ALLAH DULU...